Mahir Pertanian Pintar Intake 4 Modul 5 Sesi 1 - Semaian Benih Terung

13 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2026, bermula pukul 9.30 pagi sehingga 11,30 pagi , seorang peserta NADI Pekan Machan menghadiri kelas Mahir Pertanian pada minggu ke-5 Pembelajaran.

Modul ini memberikan panduan teknikal yang lengkap mengenai pengurusan peringkat awal tanaman terung, bermula daripada pemilihan bahan semaian sehinggalah proses pindah tanam. Peserta akan mempelajari teknik penyediaan anak benih berkualiti menggunakan dulang semaian dan media yang tepat, spesifikasi infrastruktur rumah semaian yang ideal, serta prosedur pemindahan ke polibeg bagi meminimumkan stres pada tanaman. Selain itu, topik ini turut menekankan aspek penjagaan kritikal seperti pengurusan nutrisi (EC/pH), sistem sokongan fizikal (trellising), dan teknik pendebungaan manual untuk menjamin penghasilan buah yang optimum.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali